HalalFreak merupakan portal dwi-bahasa, iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Kami berkongsi perkara berkaitan halal haram dalam aspek kehidupan – terutamanya tentang makanan, produk, premis makanan, travel dan macam-macam lagi.
Bila kita jalan-jalan di shopping mall, selalu nampak kedai yang ramai orang beratur nak masuk. Bila jenguk ke dalam, nampak orang pakai tudung pun ada. Bila toleh ke kaunter, tengok budak-budak Melayu yang kerja.
Mulalah kita rasa ragu-ragu.
“Kedai ini halal ke tak?”
Mulalah pergi ke sudut dinding dan mula Google, “Is this shop halal?”
Familiar dengan situasi ini?
.
.
Ya.
Kami pun sama.
Sebab itulah kami lancarkan Halal Spy, konon-konon kami buat risikan dan menyiasat bagai private investigator.
Antara sebab lain kami sanggup susah payah cari maklumat satu-satu adalah:
- Untuk memenuhi kewajipan kami sebagai Muslim yang berkongsi perkara-perkara penting, lebih-lebih berkaitan status halal
- Untuk memberikan maklumat yang dipercayai dan tepat tentang status halal sesuatu premis ataupun produk melalui sumber yang sahih iaitu JAKIM
- Untuk menggalakkan lagi transparency dalam industri makanan dan produk-produk berkaitan
- Untuk memudahkan masyarakat Muslim membuat pilihan yang tepat dari segi aspek pemakanan dan kehidupan secara keseluruhannya
- Untuk terus menyokong pertumbuhan industri makanan dan produk-produk halal tempatan
- Untuk memberikan awareness kepada orang ramai tentang betapa pentingnya status halal dalam menjalani kehidupan seharian sebagai masyarakat Islam
- Untuk menyediakan alternatif kepada orang ramai yang menghadapi kesukaran mencari makanan yang disukai
- Untuk pempromosikan budaya dan gaya hidup makan yang sihat dan halal selari dengan ajaran agama Islam
Sila hubungi kami sekiranya anda mempunyai apa-apa pertanyaan.